Sehelai Baju Buat Menyapu Si Air Mata

Marilah kita bersama-sama membantu sedaya upaya kita. Moga ALLAH meredhai niat ikhlas kita ini. Aamiin.

*********************************************************************************
(Diambil dari website www. sehelaibaju.com)

PENGENALAN
SehelaiBaju Buat Menyapu Si Air Mata (Team SBBMSAM) adalah gerakan kasih sayang yang unik dan prihatin daripada kalangan rakan maya facebook dari seluruh dunia.
Team ini menjalankan kerja sukarela bagi mengumpul sumbangan Baju Melayu Lelaki / Baju Kurung Perempuan yang BARU untuk disumbangkan kepada Rumah Anak-anak Yatim, Rumah Perlindungan Warga Emas, Pelajar Miskin dan Asnaf di sekolah-sekolah terpilih seluruh Malaysia.
Program ini adalah aktiviti kebajikan dan bukan bertujuan untuk mencari keuntungan. Team ini bermula pada tahun 2010 kemudian diteruskan pada 2011. Kini atas sokongan berterusan rakan-rakan facebook yang prihatin dan berhati mulia, telah memasuki tahun ke tiga (2012).

Rakaman ketika saya di jemput untuk di temuramah di Radio MutiaraFM pada 5-Ramadhan (5-Ogos-2011) Sila klik video di atas untuk mendengar rakaman. :)

Sehelai Baju Buat Menyapu Si Air Mata

TUJUAN DAN MATLAMAT
Mengumpul sumbangan pakaian hari raya daripada rakan-rakan facebook berdasarkan keperluan daripada sasaran yang akan diputuskan nanti.
Memberi peluang kepada sesiapa sahaja untuk sama-sama beramal jariah menjelang Ramadan dan Aidilfitri akan datang bagi membantu pelajar miskin dari sekolah dan rumah anak yatim yang terpilih untuk mendapat sepersalinan baju raya (BARU) menjelang sambutan Aidilfitri yang bakal tiba tak lama lagi.
URUS SETIA
Team ini dikendali oleh satu urus setia yang komited menjalankan tugas pada luar masa pejabat.
KAEDAH DAN CARA
Melalui pages Sehelai Baju Buat Menyapu Si Air Mata dan laman web rasmi www.SehelaiBaju.com kami dari masa ke semasa akan menguar-uarkan keperluan baju-baju tersebut berserta dengan saiz dan ukuran baju-baju yang diperlukan.
Bagi individu yang ingin menyumbang adalah digalakkan merujuk kepada saiz-saiz yang dipaparkan di laman web kami sebelum membeli pakaian berkenaan.
Semua bungkusan pakaian yang walaupun sehelai, hendaklah dipos ke alamat urus setia seperti di bawah:
TEAM SEHELAI BAJU BUAT MENYAPU SI AIR MATA
D/A: Tuan Norakmal bt Abdullah)
Royale Millennium (M) Sdn Bhd
No 551, Tingkat 3, Wisma DMG,
Jalan Samudera Utara 1
Taman Samudera
68100 BATU CAVES SELANGOR
Tel. : 603-6186 3949 (waktu pejabat) atau
No telefon urus setia untuk dihubungi:
  1. Ahmad Saabun: 016-2151192
  2. Harif@NagaTimur: 013-2275450/017-6086987/018-2036320



  • Norakmal Abdullah: 019-3652834
  • Mohd Rozmie (JimieRay): 012-4982295

  • TEMPOH KEMPEN
    Bagi tahun ini kempen bermula dari 20hb Mei 2012 hingga 10 Ogos 2012.
    Kiriman yang diterima selepas tarikh tersebut tidak akan dapat diserahkan kepada penerima memandangkan telah begitu hampir dengan tarikh sambutan Aidilfitri
    PENAFIAN
    Kami sama sekali tidak menerima kiriman BAJU TERPAKAI dan WANG TUNAI.
    Semoga usaha kecil kita ini akan memberi sinar gembira buat insan-inisan yang amat memerlukan pakaian baru untuk Aidilfitri. Bagi kami tiada maknanya kita seisi keluarga bergembira sedangkan pada masa sama masih ada insan lain yang bernasib malang…
    Kirimlah walau sehelai pakaian BARU untuk mereka.
    Semestinya keperihatinan anda itu akan menambah saham akhirat anda, insyaAllah.
    Terimakasih…

    Mohd Rozmie a.k.a JimieRay
    Penyelaras Team Kawasan Utara
    Hp : 012-498 2295
    PS: Sila layari www.SehelaiBaju.com untuk maklumat lanjut.
    PSS: Sebagai tanda sokongan anda.. Sila Klik ‘LIKE’ and ‘SHARE’ untuk maklumkan kepada rakan-rakan yang lain…

    Rakaman ketika saya di jemput untuk di temuramah di Radio KedahFM pada 1-Ramadhan (1-Ogos-2011). Sila klik video di atas untuk mendengar rakaman. :)

    Rumah Anak Yatim Abu Nur, Pengkalan Hulu, Perak
    Penyerahan Baju Raya (BARU) untuk rumah Rumah Anak Yatim Abu Nur, Pengkalan Hulu, Perak pada Ramadhan 2010.

    Rumah Anak Yatim Al-Wadi, Kupang, Baling, Kedah
    Ustaz Daud, Pengetua dan juga ayah kepada anak-anak Yatim & Miskin Al-Wadi Kupang, Baling Kedah. Antara ayat-ayat terakhir yang menyentuh hati saya daripada anak-anak yatim tersebut sebelum kami bertolak pulang adalah "Pak Cik, datanglah lagi walaupun tanpa 'Sehelai Baju' "... Mereka amat menghargai kedatangan kami..

    Rumah Jagaan Nasyiatul Aisyiyah, Balik Pulau, P.Pinang

    Majlis berbuka puasa & serahan sumbangan baju raya dari Team Sehelai Baju Buat Menyapu Si Air Mata bersama Jabatan Penerangan P.Pinang dan Kelab Motor Sym P.Pinang untuk anak-anak yatim di Rumah Jagaan Nasyiatul Aisyiyah, Balik Pulau, P.Pinang.

    Comments

    Popular Posts