Nota Istimewa Buat Seorang Anak....

Nota Istimewa Untuk Seorang Anak....
Pada tarikh istimewa ini - 12 Mac - 11 tahun yang lalu, ALLAH swt telah menganugerahkan kepada kami sekeluarga satu anugerah yang amat berharga. Anugerah yang merupakan satu "amanah" untuk aku dan suami pikul di dunia ini. Dan setiap kali tarikh ini muncul setiap tahun, akan tergambar di kotak fikiran akan saat dan situasi yang telah aku lalui dulu. Ketika itu banyak sungguh dugaan dan kesusahan yang ALLAH swt berikan pada diriku, suami dan keluargaku yang mana ianya hampir-hampir membuat aku putus asa. Hidup tidak seindah yang kita sangka dan kita lihat. Hanya mereka yang melaluinya sahaja tahu betapa perit dan sukarnya sebuah kehidupan itu.
Syukur, selepas 11 tahun, anugerah istimewa itu, kini, bakal menginjak ke dunia remaja. Banyak sekali perubahan yang telah "Dia" lalui dan banyak sekali kemanisan yang kami kecapi bersama. Malah di samping itu, kepahitan juga mengajar kami menjadi lebih cekal dan tabah. Membesarkan anugerah istimewa ini tidak sukar. Dia sangat memahami dan amat peka dengan apa yang berlaku dipersekitaran beliau. Apa yang amat membanggakan aku dan suami, anugerah kami ini akan menerima segalanya seadanya...Alhamdullilah. Itu yang sering kami ajarkan pada beliau, yakni menerima seadanya segala pemberianNYA di samping terus berusaha dan berdoa untuk yang terbaik. Yang utama, sentiasa bersyukur dan terus bersyukur dalam apa jua situasi dan keaadaan.
Dan doa yang sentiasa aku titip di akhir solatku adalah semoga "anuegarah" kami ini akan menjadi hambaNYA yang terbaik rohani dan jasmani. Sentiasa dalam rahmat, kasih dan kemuliaan sebagai seorang hamba ALLAH. Semoga perjalanan hidupnya di dunia ini di berkati dan menjadi anak yang solehah kepada Penciptanya, Rasulnya, agamanya dan akhir sekali kepada ibu bapa, keluarga dan masyarakat, umumnya. Juga semoga beliau berjaya menperolehi ilmu dunia dan akhirat secukupnya buat bekalan hidupnya di dunia yang fana ini.
Semoga dipanjangkan umurku dan suami untuk kami dapat sama-sama berkongsi akan saat-saat manis hidupnya berjaya dalam pelajaran, pekerjaan dan kehidupan berkeluarga kelak nanti, insyaALAH...
A special note for our "Anugerah".....
"To a Daughter - Qaisara Muhamad Razwan, who is the most precious gift to have and you are the special part of my body..Ummi and Papa are proud of you..Happy 11th Birthday My Little Princess"

Comments

Popular Posts