Syurga Itu Di Telapak Kaki IBU....

Apabila tertutup sudah mata seorang IBU, maka hilanglah satu keberkatan si anak di sisi ALLAH..Ya, doa IBU tidak lagi mengiringnya...Aku mohon pada-MU berkatilah hidupku sebagaimana doa IBUku buatku ketika hayatnya...AMIN. ~Al-Fatihah~
***************************************************************************************************************************************
Antara anugerah oleh-NYA pada setiap insan yang bergelar wanita adalah menjadi seorang anak kepada orang tua mereka, isteri kepada suami tercinta dan anugerah menjadi seorang menjadi seorang "ibu/mak/mama/mummy/ummi" kepada cahayamata. Gelaran yang membawa 1001 makna yang maha penting. Gelaran yang sangat suci dan murni. "Hari Ibu" yang diraikan dalam bulan Mei setiap tahun mempunyai pengertian yang amat mendalam dalam hidupku. Setiap tahun sepanjang 37 tahun aku diberi peluang oleh Allah swt untuk bersama meraikan hari istimewa ini bersama seorang insan yang amat aku sayangi, iatu IBUku. Masih jelas terbayang bagaimana aku sangat teruja menanti akan tibanya hari istimewa ini kerana yang pasti aku akan dapat meraikannya bersama ibu tercinta.
Namum begiru, takdir daripada-NYA tiada siapa dapat menduga. Pada tahun lalu ianya adalah sambutan "Hari Ibu" yang terakhir buatku bersama Ibu. Walaupun tiada sambutan yang besar tetapi ianya tetap terpahat sebagai salah satu sambutan Hari Ibu yang amat amat istimewa. Sejujurnya pada hari tersebut terdetik kuat di hatiku yang mana ianya merupakan sambutan terakhir kami bersama. Kukuatkan hati untuk tidak menangis di depannya pada hari itu walaupun jauh di lubuk hati ianya merintih dan menangis. Hanya Tuhan sahaja yang tahu gelora dan keperitan hatiku ketika itu. Ternyata suratan yang tertulis buatku menjadi nyata. Kuasa Tuhan tiada siapa dapat menahan dan aku redha atas segalanya. Yang nyata Ibuku kini bersama pencipta-NYA dan semoga aku akan dipertemukan di syurga jua hendaknya kelak. Amin.
Ternyata baik-bait lagu dan melodi lagu (nyanyian Aishah) iaitu "Syurga Itu Di Telapak Kaki Ibu" ini amat menghibakan dan menyentuh hatiku.
"Ibu, Uni sangat merindui Ibu dan doa Uni tidak pernah putus sebagaimana ombak sentiasa setia menemani pantai. Semoga roh Ibu aman dan tenang di sana". Amin.
Duhai apakah gerangan budi balasan Bagi insan melahirkan, membesarkan Bercucuran airmata bila mengenangkan Betapakah besar budi ibunda berikan Siang malam menderita Hingga entah bila Sungguh besar pengorbanan Ibunda berikan Tiada bahagia jika tiada Doa pujuk ibu Syurga itu ditelapak kaki IBU......

Comments

  1. Selamat hari ibu.....


    Ayat di atas itu memang menyentuh hati...saya memang paparkan dalam 'header' blog saya...sebagai peringatan buat diri...

    ReplyDelete
  2. selamat hari ibu....saya pinjam ayat itu sb sgt kena pada sy...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts