2009 Yang Bersejarah & 2010 Yang Sangat Misteri

Sejam yang lalu, kita baru saja menyambut tibanya tahun 2010. Seringkali yang baru itu akan sentiasa dinanti dan keterujaan akan penantian itu amat tinggi sekali namun begitu jangan sesekali kita lupa dan menidakkan yang telah berllau pergi itu. Sebagaimana gembiranya aku menanti tahun baru ini tidka akan sekali pun aku lupa akan kisah yang berlaku pada tahun 2009 yang baru sahaja pergi.
Tahun 2009 telah meninggalkan 1001 kenangan yang cukup-cukup istimewa.Inilah yang dinamakan tadkir. Banyak sekali kenangan tercipta dalam lipatan sejarah kehidupanku dan ianya akan kekal menjadi kenangan yang abadi. Segala kenangan yang akan aku catatkan di sini adalah semata untuk kenangan buat diriku nanti..jika diberi izin-NYA, satu hari kelak akan aku selongkar satu persatu entry di blogku yang tidak seberapa ini untuk tatapan dan juga kenangan peribadiku sendiri dan atas sebab itu akan kurungkai kejadian/kenangan/peristiwa yang berlaku pada diriku dan juga insan yang ada disekelilingku sepanjang tahun 2009 dan pastinya fokus utama kenangan itu berkisar akan tentang seorang insan yang sangat istimewa ~Ibuku~:
Januari 2009
- Qaisara memasuki tahun 3 disekolahnya - seolah abru semalam aku menahan sakit di labour room dan kini dia telah menjadi seorang anak yang sangat baik, cantik dan bijak (I know all parents will say that their child/children are the best among the rest..that's normal kan :)).
February 2009
- Kesihatan Ibu mula menunjukkan sesuatu yang berlainan. Doa dan harapan yang seringku mohon pada Yang Esa agar dapat meringankan kesakitan dan ujian yang diuji pada Ibu oleh-NYA tidak pernah putus malah ianya sentiasa bermain dibibirku. Ibu perlu menjalani chemotheraphynya sekerap mungkin...simpati dan rasa belasku pada Ibu amat tinggi dan sebagai anak memang jika diberi pilihan pastinya akan kuganti diriku dengan Ibu.
March 2009
- Bulan ini merupakan kelahiranku...Kupanjat kesyukuran pada Allah swt di atas limpah rahmat dan izinya aku dilahirkan ke dunia ini oleh Ibu tercinta. Segala pengorbanan Ibu tidak akan dapat kubalas sehingga ke hujung nyawaku. Aku bersyukur menjadi anak kepada Ibuku. Tanggal 25 Mac 2009 aku menerima ucapan dan ciuman hari lahir daripada Ibu. Ini merupakan ucapan dan ciuman ibu yang terakhir di hari lahirku...akan ku ingat sepanjang hayatku.
- Kesihatan Ibu mula menunjukkan keadaan yang agak teruk. Ibu kerap di masukkan ke hospital dan ianya menjadi rumah kedua buat diriku. Stress adalah peneman diri ini. Kerunsingan yang melampau mula aku alami. Segala fokus dan kehidupanku kini adalah untuk seorang insan yang bernama "IBU'. Syukur kerana keluarga amat memahami keadaanku dan merekalah kekuatanku. Malah rakan dan teman tidak putus-putus membantu. Syukur Alhamdullilah.
April 2009
- Atas nasihat teman-teman, kubawa Ibu dan keluarga bercuti. Niat dihati tidak ada yang lain kecuali untuk menghabiskan masa terakhirku bersama Ibu. Walaupun kesihatan beliau tidak begitu mengizikan, kami adik-beradik masih mahu melakukannya agar kami dapat simpan dan kenang akan kenangan yang sangat indah kelak.
- Perhatianku beri sepenuhnya pada Ibu. Aku mula tidak berkerja dan menjaga Ibu di rumah. Hanya ini sahaja yang dapat aku lakukan sebagai anak. Aku tidak mampu memberi limpahan wang ringgit dan kekayaan yang menggunung tinggi. Hanya yang mampuku beri adalah kasih sayang dan perhatian. Aku harap Ibu akan merasa bahagia.
Mei 2009
- Sempena Hari Ibu pada 10 Mei 2009 ini, kami sekeluarga telah meraikannya bersama Ibu. Seikhlasku katakan yang jauh disudut hatiku telah dapat merasakan yang ini merupakan sambutan Hari Ibu yang terakhir kami sekeluarga dapat sambut bersama Ibu. Walaupun hanya sambutan secara kecil-kecilan, ianya adalah yang terindah buat diriku dan keluarga. Syukur kerana diberi peluang menyambutnya bersama seorang insan bernama Ibu.
June 2009
- Di pagi yang sangat hening jam 4:30pagi pada 23 Jun 2009 - Allah swt telah menjemput Ibuku kembali kerahmatullah. Pemergian Ibu sejak pagi itu membawa bersama sebahagian diriku ini. Aku kehilangan arah, hilang tempat berlindung, kehilangan seorang teman untukku bergurau, bercerita dan meluah perasaan dari hal yang sangat personal hinggalah kepada hal yang sangat remeh. I am totally lost. Namun aku redha akan segalanya. Redha akan pemergian Ibu adalah yang terbaik buat dirinya dan perginya Ibu dari dunia ini untuk bersama pencipta-NYA. Ibu, satu hari nanti Uni akan sama pergi seperti Ibu dan doa Uni semoga kita akan dipertemukan kelak dalam keadaan dan situasi yang sangat Uni nantikan. Al-Fatihah...
Julai - Dec 2009
- Aku sangat kehilangan. Walaupun aku secara zahir nampak ok namun begitu jiwa dan ragaku sangat kosong. Kekuatanku hanya pada Allah swt. Keluarga menjadi tongkat untuk aku melangkah.
Dan tahun 2010 menjengah lagi..bertambahnya setahun lagi bererti kita semakin dekat pada-NYA dan perjalanan kita semakin singkat di sini........

Comments

  1. happy new year... happy holiday... hehe..
    semoga 2010 lebih baik untuk kita semua insyaAllah..
    :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts