Jalan-Jalan Aidiladha

Aidiladha tempoh hari sangat simple. Paginya selepas solat sunat raya kami terus ke Kg Puah menziarah kubur Bonda tercinta. Usai di sana, kami ke rumah Mak Uda menziarah nenek. Sayu sungguh hati ini tak kala melihat nenek terbaring uzur. Ya, nenek baru sahaja jatuh dan akibatnya dia telah mengalami "patah tulang kerangka". Hati tersentuh sayu melihat wajah kurus nenek dan perkara pertama yang terlintas di minda ialah " wajah nenek saling tak tumpah seperti wajah ibu ketika beliau sedang sakit/nazak..memang sama..saling tak tumpah..sayu hati kala itu"..Al-Fatihah buat Ibu tercinta.

Kami kemudian meneruskan sesi menziarah-menziarahi kali ini ke Putrajaya. Makcik dan Pakcik dari Kelantan ada di rumah Kak Chik. Sampai sahaj kami ke rumah Kak Chik, menyusul pula Kak An. Jom layan gamba raya di rumah Kak Chik...

Nasi Dagang Mak Cik...memang serius sedap giler...Sara sampai bertambah 4 kali..en hubby tak yah cakaplah kan...berkali2..rasanya ada dalam 7 kali..

Santapan DiRaja atau TAPAI adalah favku..cuba tengok...portionnya sikit je kan? Dengan hanya dua kali suapan je abis terus..dan atas sebab itu juga tanpaku sedari 8 bungkus tapai selamat masuk ke dalam perutku..hehehe...yang bestnya tapai ni dibungkus menggunakan daun getah..kira mmg style ori laaa...patut la sodap...

En hubby yang sedang menjamu selera dengan nasi dagang untk kali ke tujuh rasanya :)..
Tuan Rumah yang sangat pemurah (Makcik yang pakai tudung puting and Pakcik yang pakai kopiah tu)...macam-macam yang dijamunya kami hari itu..ada nasi dagang, tapai pulut, pulut panggang, puding roti & cream sauce, agar-agar telur, home made pau...fuhhh..memang kenyang lah sangat2...

Tetamu kecik sedang khusyuk makan nasi dagang buat pertama kalinya...tu yang bertambah sampai 4 kali...

Comments

Popular Posts