S.E.P.I tanpa anak..

Gambar di atas tiada kaitan dengan tajuk entry..dah lama tak update, idea bercelaru. Harap maaf.
Pada hari Jumaat yang baru ini, kami telah menjadi "Pengantin Daru"..hehehhe..ini kerana anak kami telah menyertai Kem Bakat selama 3 hari 2 malam makanya bila anak tak ada, mula lah kami suami isteri ibarat ayam berak kampung.
Selepas menghantar anak ke destinasi yang ditetapkan pihak penganjur, terus kami ke The Curve sesambil jalan-jalan cuci mata. Habis setiap inci ruang kompleks itu kami ukur. Heheh..Selepas Maghrib, en hubby mencadangkan agar kami ke Putrajaya, rumah cousin en hubby untuk beraya kerana kebetulan makcik dan pakcik en hubby turun dari Kelantan. Zaasss..terus bertolak ke sana dengan girangnya. Habis borak-borak, makan-makan, sesi imbas kenangan lama dsbnya, jam telah menunjukkan ke pukul 11:30malam. Punya lama kami di situ semata-mata "to kill the time"..hahahaha..menyelam sambil minum namanya ni. Sib baik cousin family en hubby memahami dan terus melayan kami.
Dalam perjalanan pulang dari Putrajaya, en hubby telah membuat suggestion, "Apa kata kita lepak kat Kopitiam Bangi?" Waaalaaa...apa lagi..zasss kami terus ke Bangi dari Putrajaya. Minum2 kejap dan balik. Punya boringnya la anak tak ada kan??? Masa banyak habis on the road.
Hari Sabtu lagi busan tahap gaban. Kami ada 3 jemputan makan-makan hari raya dan akibat keboringan tahap maximum, kami pun pergilah ke rumah terbuka itu. Lepas tu kami pun lepak lah kat 2 buah retsoran untuk sesi makan2 bersama2. Sesambil surfing, sesambil main game.
Tetapiiii...Hari ini, anak kami telah kembali ke rumah...horayyyyyyy!
Moral of the story yang kami lalui:
Barulah kami tahu macam mana rasanya pasangan yang ditakdirkan Illahi tanpa zuriat. Moga mereka diberi ketabahan dan kesabaran yang hakiki atas ujian itu. Ini membuatkan aku cukup beryukur pada-MU, Ya ALLAH!

Comments

  1. hehehe.. sayangilah anak2... adanya dorang ni menyerikan hidup pasangan suami isteri...

    ReplyDelete
  2. Ave, moral of the story korang ni betul tak adventurous la he he he. My wife and I kalau semua anak-anak tak ada rumah kita org happening habih he he he. Macam org baru kahwin dating dan sebagainya :))))

    ReplyDelete
  3. Lady of Leisure - agree :)

    En Ghaz - ishk..nak kena tuntut ilmu dgn u ni..bole ka?

    ReplyDelete
  4. pn dotty - sy akan doakan yg terbaik utk u n ur hubby :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts