Ketupat Dan Yang Seangkatannya

Entry # 58
Tak lama sahaja lagi seluruh umat Islam di dunia ini akan menyambut satu hari yang amat istimewa yang dinamakan "Eid-Fitri / Hari Raya Aildilfitri. Perkara yang sinonim dengan peristiwa ini adalah juadah ketupat dan rendang. Menu ini ibarat "the must have" menu di Hari Raya. Atas sebab kita dalam mood Bulan Ramadhan, maka mode untuk entry adalah berkaitan dengan makanan jua. Mari kita tengok sesambil terliur..hehehe
Ketupat Palas bersama rendang tok
Nota: Ini adalah makanan wajib/must have/kesukaan Cik Hubby kita.
Ketupat
Nota: Sekarang ini ramai yang dah guna ketupat segera
dengan alasan "I tak tahu nak anyam lah"..

Selain ketupat dan rendang, tidak dapat dinafikan akan istimewanya kehadiran "perkara" ini yang mana ianya berperanan sebagai pelengkap meja selepas juadah ketupat dan rendang. Jom layan gambar di bawah :)...

Kuih Baulu

Nota: Sesuai di makan dengan dicicah dengan

teh "o" atau kopi "o".

Biskut Samperit

Biskut kegemaran kita :)! Biskut London Almond

Biskut era tahun 2K. Sangat famous dan rasanya juga mantop!
Biskut kegemaran anakku :)!
* I think I would want to learn how to bake cakes and cookies...a very good business indeed. How to start yea? Pegang spatula pun hancus ada hati nak buat cake and cookies..hehehehehehhe

Comments

  1. haa...masak sendiri ke untuk cik hubby tersayang tuh? ketupat ngan rendang tok ketua tu laa...kalau masak, kite orang nak serang umah raya nih. he he

    ReplyDelete
  2. ketupat palas itu hasil tunjukan...tetapi rendang itu hasil air tangan ku..mai mai..di alauk2kan..jgn tak mai yea raya ni :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts