Dah Nak Hampir Ke Penghujung...

Entry #57

Dah masuk hari ke 14 hari ini seluruh umat Islam berpuasa. Cepatnya masa berlalu. Terasa sayu pulak bila teringat Ramadhan bakal meninggalkan kita. Iyelah, rindu nak bangun sahur - walhal punya payah kekadang nak bangun :), pas tu rindu pada suasan nak berbuka dan yang paling best sebab ada solat terawih. Bulan lain mana nak dapat semua ini kan? Hanya di bulan Ramadhan Al-Mubarak ini sahaja semua ini ada. Kita yang hidup ini excited nak menunggu bulan Syawal tetapi pastinya bagi mereka-mereka yang telah pergi terlebih dahulu daripada kita (Al-Fatihah) pasti menitis airmata kerana Ramadhan bakal melabuhkan tirainya.

Itu lah dia lumrah KEHIDUPAN. Yang datang akan pergi, yang muda akan tua, yang sihat akan sakit dan yang hidup pasti akan mati. Tetiba teringat pulak pada lagu dendangan Alllahyarham Ustaz Asri dari Kumpulan Rabbani..yang ingat cuma ayat ni...."Ingat Lima Perkara Perkara, Sebelum Lima Perkara"...yang lain dah lupa pulak..hehehe..sat gi nak google...

Apa-apa pun, Isnin ni memang hari berdendang bagiku...sebabnyaaa...negeri Selangor akan bercuti kerana Nuzul Quran...negeri yang tak bercuti sila lah jeles yekkk..kihkihkih...

Comments

Popular Posts