1 Syawal 1430H

Entry # 63
Aidilfitri kali ini memberi sejuta kelainan. Alhamdullilah, aku dapat melaluinya tanpa ratapan dan tangisan yang keterlaluan. Walaupun sebenarnya dalam hati ini menangis hiba, aku gagahkan jua. Doa kudus ku titip buat arwah Ibu tercinta agar rohnya terus dirahmati dan ditempatkan bersama mereka yang solehah. Amin dan AL-Fatihah.
Pagi 1 Syawal, kami sekeluarga ke masjid berdekatan untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri. Usai solat, kami ke pusara Ibu tercinta. Bacaan ayat suci Al-Quran dan doa kami adik beradik titipkan buat roh Ibu tercinta. Sebak, sayu, sedih dan pilu begitu mencengkan jiwa ini takala bacaan Yassin ku panjatkan buat Ibu. Sedih kerana pada Syawal kali ini aku telah kehilangan insan yang amat bermakna dalam hidupku. Aku tak dapat lagi mengucup tangan Ibu mohon ampun dan maaf. Tiada lagi pelukan hangat dan ciuman kasih sayang ku terima daripadanya. Kepiluan ini memang mencengkam. Ya Allah, hanya pada-Mu jua aku mohon pertolongan. Kasihanilah diriku ini dengan rahmat dan barakah-Mu.
Kami sekeluarga..
Demi suami, anak dan adik-adikku, ku gagahi jua untuk menyediakan hidangan buat mereka di pagai Syawal. Buat pertama kalinya jua, juadah raya ku sediakan sendirian. Jika dulu Ibuku dan diriku akan sibuk di dapur menyediakan juadah bersama tapi kalai ini, hanya diriku seorang. Alhamdullilah, berkat ajaran Ibuku, aku dapat jua memasak rendang yang selalu ibuku sediakan. Walaupun, air tanganku tak sama sengan air tangan Ibu, aku bersyukur semua ahli keluarga gembira menikmati hidangan yang kusediakan. Pastinya, jika Ibu masih bersama kami, suasana akan lebih meriah. Al-Fatihah buat Ibu. Antara masakan yang ku cuba buat untuk keluarga - ketupat dan rendang ayam...
Rendang Ayam - mengikut resipi Arwah Ibuku..
Salam Aidilfitri 1430H...

Comments

Popular Posts