Kasih Yang Hakiki Dan Azali

Entry # 49 Ya ALLAH Aku mohon dengan rasa penuh keinsafan Kau ampunkan lah segala dosaku yang telah aku lakukan terhadap semua insan di muka bumi ini Kau ampunkan lah segala dosaku yang telah dan akan aku lakukan terhadap semua insan di muka bumi ini Aku mohon jua Ya ALLAH sempena bulan yang mulia ini, yakni bulan Ramadhan Al Mubarak ini kau limpahilah cahaya ketaqwaan, keimanan dan rahmatmu kepada diriku, keluargaku, saudaraku, sahabat handaiku dan seluruh muslimin dan muslimat Ya ALLAH Ya Karim, Buat mereka yang telah pergi meninggalkan diriku Aku mohon padaMu jua Kau limpahi lah rahmat dan ketenangan yang hakiki Kau ampuni lah segala dosa-dosa mereka Kau jauhilah siksaan kubur mereka Kau kasihi dan sayangilah mereka sehingga ke hari kiamat... Sesungguhnya RahmatMu, PetunjukMu, KasihMu adalah yang Hakiki dan Azali.....Amin

Comments

Post a Comment

Popular Posts