Kalaulah Dia Masih Ada...

Entry # 50
Alhamdullilah..indahnya Ramadhan hari ini. Dalam keindahannya, aku menangis kerana terasa kehilangan. Sejak pagi bersahur hinggalah ke saat berbuka tadi..lain sangat-sangat. Saat menunggu azan, kami berkumpul di meja makan bersama juadah berbuka dan sebuah kerusi tiada berpenghuni...SubhanaALLAH! Rasa nak menangis tapi ku tahan air mata dari tumpah.
Boleh ke kuteruskan ke hari seterusnya, Ya ALLAH? Mohon petunjuk dan bimbinganMu jua, Ya ALLAH....

Comments

  1. kakak, kuatkan semangat, tabahkan hati. DIA memang sentiasa di hati.

    saya tak rapat dengan arwah abah tapi still bila ingat rasa sedih amat...apatah lagi kakak yang rapattttt sesangat ngan ibu.

    apa lagi yang saya dapat kata?

    insyaallah ibu kakak tenang di sana. akak sedih2 cam tu lagi dia sedih kak. pikirkan dia bahagia di sana..pikirkan kalau akak terus menangisi, dia akan terus tak tenang. so akak kena gembira untuk ibu akak gembira juga di sana. ok kak?

    ReplyDelete
  2. terima kasih cikgu. Moga apa yang dikatakan benar belaka. Iye, DIA memang sentiasa di hati. Tapi tu lahkannnn...emmmm :(

    Bukan tak mahu bergembira, cuma hati dan perasaan ini sukar untuk menafikan kesedihan yang amat ini. Mungkin masih baru kan? InsyaALLAH, saya akan cuba..cuma memerlukan masa..sekali lagi terima kasih atas keprihatinan :):) *hugs*

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts