Demam Oh Demam

Entry # 44 Sekarang ni memang musim demam. Sana sini semuanya dok batuk, selsema dan demam. Klinik juga hospital penuh dengan orang tak sihat. Kami tiga beranak pun telah dijangkitan virus tersebut. Ianya dimulai oleh "pesakit pertama" kami a.k.a Cik Abe kita. Dia start demam Khamis lepas. Badannya panas tak hingat. Bawak pi klinik. Doc bg ubat antibiotik, demam, batuk dan selesema. Kalau demam lagi 2 hari doc mintak datang semula. Risau gak.. Alih-alih, pas kenduri tahlil arwah ibu hari Sabtu, kami dua beranak pulak dijangkiti virus tersebut memandangkan kami tidur sebilik dengan "pesakit pertama'. Risaukan Si Sara tu. Ialahkan, budak..antibodi pun tak kuat sangat. So pagi Ahad, kami rush gi A&E Gleaneagles. Masa ni "pesakit pertama" dah ok sikit demamnya..cuma badan masih lenguh2 dan tekak rasa kelat. Sib baik dia dah ok, ada gak yg boleh tolong drive pi hospital. Sampai je kat hospital tu, mak aiii..punyai ramainya orang dok menunggu jumpa doktor. Dekat 1/2 jam menunggu, baru dapat masuk jumpa doc. Check itu ini, soal itu ini dan antara soalan yang di tanya "Have you been travelling? Have you been in contact with any of H1N1 patience?" Jawapan kepada semua itu adalah "NO". Tapi kat office tu, 2 orang staffs, didapati anak mereka positif H1N1. How yea? Is that consider been in contact with H1N1 patience? Doc tu dima lak tak comment apa-apa. Pas tu doc tanya Sara gi sekolah mana? Bila jawab CBN je terus dia cakap "We have been receiving patience with confirmed H1N1 from that school". DUNG!!!! terus tersentap tangkai hatiku. Dan atas alasan itu, doc hendak kami jalani ujian saringan H1N1 iaitu - throat swap test. Kena lak tunggu 1-2 jam for the result. Akhirnya penantian kami terjawab apabila doc memberitahu yg result kami adalah NEGATIVE. Alhamdullilah. Balik ke rumah bersama bekalan ubat-ubatan plus cuti sakit untuk saya selama 2 hari dan Sara selama seminggu. Hari ini baru rasa ok sikit. Badan dah tak sakit-sakit. demam dah kebah cuma tekak masih rasa payau... Bila sedang sakit ini teringat pada my late Ibu. Bagaimana yek kesakitan yang dia hadapi? Pasti ianya lebih dari apa yang aku alami. Sedangkan sakit ku ini tak lah seteruk yang diuji padanya. Moga ALLAH akan sentiasa merahmati roh Ibu tercinta dan ditempatkan bersama mereka yang beriman. Amin....

Comments

Popular Posts