Takdir Penentu Segalanya

Entry # 34
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Memang tepat sekali pepatah ini dengan apa yang sedang aku dan keluargaku alami.
Isnin (19 May 2009) yang lalu, aku menerima berita yang amat tidak aku duga. Hari itu, aku rasa dunia gelap dan diri ini begitu kerdil. Hancurnya hatiku hanya Tuhan yang tahu. Juraian airmata usah dikira. Semangatku hilang terawang dan terus hilang. I was totally shocked when the doctor told me on my mom's condition. Ya Allah, berat sungguh ujian dan dugaan yang kau takdirkan padaku. Berilah aku akan kekuatan dan ketabahan yang hakiki. Teguhkanlah iman dan taqwaku, Ya Allah.
Metatastic Breast Cancer (MBC) meants the cancer has spread to some of the important organs eg bone, lung, liver and brain. Doctor will usually give a time frame of survival (but again, semuanya adalah ditangan ALLAH dan hanya Dia yang tahu segalanya). Menurut Doc she has about 6 months but it's just an estimation. And at this point of time, based from medical reports of my mom, the cancer cells telah dikenal pasti berada at various internal organs eg at the bone (which is at the rib), at the lung, at the liver and lympnotes. She's having pain all over her body. Doctor told me that her condition is very bad at the moment and wants me to be prepared. She's on bed all the time. Does not want to eat and only takes liquids. Infact masa nak ambik darah recently, susah sungguh nak dapat - it shows that her blood pressure dah tak ada...SubhanaALLAH.....
Di saat-saat ini, hanya Tuhan yang tahu betapa remuknya hati ini apabila melihat ke dalam mata orang yang paling kita sayang dan yang terbayang hanya "saat perpisahan". Namun begitu, di saat-saat ini juga aku bersyukur kehadrat Illahi atas peluang yang diberi untuk aku berbakti dan terus melakukan yang terbaik buat ibuku. Peluang yang tidak mungkin akan aku perolehi lagi kelak. Aku akan pastikan segala yang ibuku inginkan, dapat aku cuba penuhi dan alhamdullilah so far semua yang dimahukan dapat aku penuhi.
Disaat ini jua, aku dilimpahi rahmat dan kasih-Nya. Rakan sekerja, sahabat dan juga saudara mara begitu dekat dihatiku kini. Semenjak hari Isnin hinggalah ke hari ini, kami tidak putus-putus menerima kunjungan dan kasih sayang daripada mereka. Aku mungkin diduga dengan dugaan hebat ini dan pada masa yang sama aku juga mendapat sokongan emosi, material dan kasih sayang from all. THANK YOU and hanya ALLAH jua yang akan membalas jasa baik semua.
"Kak Ave, pastinya mak kak Ave dulu seorang yang baik hati dan suka menolong orang. Sebab itu ketika dia sedang sakit begini, ramai yang datang menghulur bantuan kerana janji ALLAH - setiap kebaikan kita akan pasti di balas jua dalam berbagai bentuk dan pada masa yang berbeza" - Thanks Yanti :). Ya, betul..memang tepat sekali apa yang dikatakan kerana ramai sungguh insan yang bernama SABAHAT that cares about me and my family. Thank you Dear Azimah, Wati and Ita..Thank you for the support...Syukur pada-Mu Ya ALLAH....
"Ave diberi ALLAH peluang jaga ibu dan ibu paling bertuah kerana mendapat anak yang bertanggungjawab macam Ave so make full use of it. Doa banyak-banyak untuk ibu. Ave kena tabah dan redha dengan ketentuan ALLAH" - Terima kasih Mak. Sms ini dikirim oleh my MIL. She called earlier and both of us cant bear the sadness while we talked and at the end both of us ends up crying. Mak, sayu hati ini kerana walaupun Ave akan kehilangan ibu sendiri kelak tapi Ave masih diberi peluang untuk menumpang sayang daripada Mak. Mak dah Ave anggap seperti ibu Ave sendiri sejak hari pertama Ave bergelar "Menantu" Mak :).
Nyata sekali - Takdir Penentu Segalanya..
Ya ALLAH, kau permudahkanlah segalanya buat ibuku dan aku mohon keredhaan-Mu. Ampunilah segala dosa ibuku dan sentiasalah rahmati dirinya. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui, Maha Pengasih dan Penyayang dan Maha Berkuasa... Ya ALLAH

Comments

  1. Salam puan ave.. memang sukar utk menggambarkan saat2 perpisahan namun akak perlu banyak bersabar dan bersyukur kerana masih sempat bersama dan boleh bersedia ke arah semua ini.. Kalau nak ikutkan akak lebih beruntung kerna saya dulu tak sempat utk bersama di saat2 akhir hayat arwah ayah saya

    ReplyDelete
  2. Hi Ave, remain strong and you and ibu will be in my prayers...

    ReplyDelete
  3. Cikgu Ann - Salam...kekuatan dalaman saya tidak memampukan saya untuk terus memmikirkan saat tersebut...walau hati berkata redha tetapi hakikat sebenarnya amat payah..saya sedang mengutip segala yg ada untuk saya simpan rapi di sudut hati...sukar untuk digambarkan perasaan saya ketika ini..bercelaru..namun begitu kata-kata semangat dan doa daripada keluarga dan rakan adalah kekuatan saya buat masa ini..

    Hi Beadpot - THANK YOU for the prayers...God bless :)...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts