Berdoa dan Terus Berdoa

Entry 32
Semalam, ibu tak dapat buat chemo sebab Dr Azrif was not around. Dr Azrif wanted to examine her first before we could proceed with the chemo session. It was really a frustation for me as it has been almost more than 1 month she has not done her chemo with new drugs..sigh..
Anyway, she seems to be doing fine, but apa yang kelihatan mungkin tidak sama dengan apa yang sedang berlaku di dalam..atas sebab itu kerisauanku amat sangat. Moga ibu akan terus diberi kekuatan dan dipermudahkan segalanya buat ibu.
Hanya Tuhan yang tahu betapa sedih dan gundah hatiku melihat ibu. Walaupun kini dia tidak didalam kesakitan tapi melihat beliau sentiasa tidur dan tidak ceria benar-benar merentap hati dan perasaanku. Namun, dapat berbual dan bersama dengannya sudah cukup besar buat diri ini. Semua ini akan ku terus simpan kemas di lubuk hatiku yang paling dalam dan tidak mungkin akan terpadam.
Dengan menjelangnya Hari ibu tidak sampai 3 hari lagi, aku amat bersyukur kerana masih diberi peluang untuk meraikannya bersama ibu tercinta. Masih belum tahu bagaimana nak meraikannya tapi yang pasti aku mahu buat sesuatu yg istimewa buatnya.
Doa dan harapan yang tak pernah putus - moga ALLAH akan terus memberi kekuatan kepada ibu, permudahkan segala yang sedang ibu hadapi dan moga aku dapat terus mendapat kasih dan sayang dari ibu untuk selamanya selagi nyawa dikandung badan. AMIN.

Comments

Popular Posts