Sembilan Tahun Yang Lalu

Entry # 19 Since my laptop is still in the clinic (i'm currently using my other half lappy..hehe)..so jadiknya entry kali ini terlewat 2 hari..but better late then never, rite :)... Sembilan tahun yang lalu, pada tarikh istimewa ini, iaitu 12 March 2000 seorang lagi pewaris anak Adam dan Hawa telah selamat dilahirkan ke dunia Syukur Alhamdullilah.... Sembilan tahun yang lalu, pada saat dan detik itu, tidak tergambar dengan kata-kata kegembiraan dan kesyukuran dipanjatkan oleh si IBU & AYAH yang baru sahaja mendapat gelaran tersebut Sembilan tahun yang lalu, masih lagi terbayang keperitan dan kepayahan masih lagi terasa kebimbangan dan kegusaran saat yang dinamakan "KELAHIRAN" Sembilan tahun yang lalu, sebaik terdengar tangisan halus darimu hanya kesyukuran kami panjatkan kerana akhirnya penyeri hidup kami dikurniakan ILLAHI.. Sembilan tahun lalu, seolah baru semalam ianya terjadi seolah baru semalam kau kudakap seolah baru semlam kau diqamatkan seolah baru semalam kau kami raikan Dan hari ini selepas Sembilan tahun kau akan kekal menjadi puteri kami QAISARA - Ummi & Papa sayang padamu... Kaulah segalanya bagi kami Moga Allah akan melindungi, mengasihi dan sentiasa merahmatimu Sayang....Amin!

Comments

Popular Posts