Ibu, Kaulah Segalanya...

Entry # 23 Seringkali kita akan gusar, gundah dan hampa apabila orang yang kita sayang selama ini dalam kesakitan. Seboleh mungkin kalau nyawa ini dapat digalang ganti, rasanya mahu sahaja aku lakukan. Biar aku sahaja yang merasai kesakitan itu. Tak sanggup rasanya terus menerus melihat ibu dalam ketidakselesaan. Tapi apa kan daya, ujian yang ditakdirkan ini benar-benar menguji kami sekeluarga. Aku cukup khuatir melihat perkembangan ibu. Rasanya masih banyak sekali yang ingin dan mahu aku lakukan pada ibu untuk membahagiakannya. Banyak sekali hajat dan keinginan yang mahu aku lakukan bersamanya. Antara hajat itu adalah menjejakkan kaki ke tanah suci. Ingin sekali aku segerakan hajat itu dan moga ALLAH akan mempermudahkan segalanya. Hanya pada-MU jua aku berdoa Ya ALLAH, kau limpahi lah ibuku kekuatan dan kesabaran pada ibuku agar dia dapat melalui ujian-MU ini dengan penuh redha dan taqwa. Aku bermohon Ya ALLAH, kau berilah lebih banyak masa untukku terus bersama ibuku agar dapat aku terus berbakti dan dapat melalui hari-hari yang mendatang bersamanya. Tidak ku minta yang lain Ya ALLAH, hanya dari-MU jua YA ALLAH, aku sujud dan bermohon pada-MU, agar KAU dapat mendengar dan mengasihani diri ini dengan apa yang yang kumohon. Hanya pada-MU ku berserah, Sesungguhnya, dugaan ini cukup mendewasakan diriku ini. Aku bersyukur YA ALLAH...

Comments

Post a Comment

Popular Posts