Cahaya Di HujungTerowong...

Entry # 21

Kerap kali kita diuji, pasti akan ada emosi yang tersentuh, airmata yang gugur dan hati yang tercakar luka. Tapi kadang-kala ujian itu terasa amat berat dan tak tertanggung lagi. Semakin kuat kita berlari j jauh dari bayangan masalah, semakin dekat masalah dan ujian menerjah hidup kita. Kadang-kala terfikir jua, apakah semua ini ada pengakhirnya?? Ibarat hikayat cerita lama, di penghujungnya pasti ada kebahagian, yang mana kita sendiri tidak tahu adakah ia akan menjadi kebahagian yang hakiki atau hanya sementara. Kerana hikayat adalah satu fantasi dan kehipudan adalah realiti.

Ujian yang ditakdirkan buat seseorang pastinya unik dan tersendiri. Sama ada kita bersedia atau tidak, pasti kita akan diuji. Sama ada kita suka atau tidak, ia tetap akan terjadi. Sama ada kita takut atau gusar, ia tetap akan berlaku. Kita harus redha kerana di hujung terowong, pasti ada sinar yang menanti...yakin dan pasti....

Comments

  1. kak, terowong mana tu? terowong smart ke? saya takut ngan terowong tu...panjang sangat...cuba bayangkan kalau kita kat tetengah tetiba jadi apa-apa yang tak best,...haruu. mana nak lari ek?

    psst...sis..ujian itu tandanya kita disayangi. berbahagialah menjadi hambanya yang disayangi.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular Posts